Kerajaan telah bertindak mengharamkan penjualan botol susu polikarbonat di pasaran Malaysia. Hal ini seharusnya dipuji kerana pihak-pihak berwajib peka dengan permasalahan yang akan timbul berpunca dari botol susu jenis ini. Pengguna harus juga mengambil berat akan pemilihan botol susu, kerana terdapat segelintir produk botol susu menggunakan Bisphenol A Apa itu Bisphenol A? Jom baca! :)
Bisphenol A(BPA) digabungkan dengan bahan kimia lain dan digunakan di dalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk.
Polycarbonate juga digunakan di dalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini. Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:
- Merosakkan fungsi imunisasi
- Akhil baligh sebelum masanya
- Obesiti
- Hiperaktif
- Kanser
Saya akan kupas mengenai tips bagaimana memilih botol susu yang baik di entri akan datang, tunggu!
Sumber
No comments:
Post a Comment