Dalam entri yang sebelumnya iaitu entri 'Mengapa bahan kimia pada alat permainan memudaratkan' yang saya tulis sebelum ini. Saya ada menyentuh sedikit mengenai logo MC (Malaysian Comformity) seperti tertera di atas. Logo MC ini merupakan logo yang membuktikan bahawa alat permainan yang berada di pasaran selamat dan telah mengikut standard penghasilan yang telah ditetapkan.
Tapi tahukah anda? Oleh kerana Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak dilaksanakan pada 1 Ogos 2010, masih ramai penggiat industri alat permainan tidak tahu mengenai kepentingan logo MC ini.
Tetapi, kita sebagai pengguna tidak perlu bimbang, kerana pihak KPDNKK sering melakukan pemeriksaan terhadap premis-premis di seluruh negara dan memberi tempoh masa peralihan secara berfasa. Selepas ini, alat permainan yang tidak mempunyai logo MC akan akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perlindungan Pengguna.
Sangat mudah untuk mengenal pasti samada logo MC yang tertera pada produk adalah tulen atau palsu.
- Pastikan logo MC berwarna hitam ataupun berwarna putih seperti logo yang saya sertakan di atas.
- pastikan terdapat nombor pendaftaran di bawah logo MC, alamat pengilang, pengimport atau pembungkus semula ada pada bungkusan.
Ibubapa harus memainkan peranan bagi memastikan masalah yang tidak dijangka dapat dielakkan. Pastikan alat permainan anak-anak anda adalah produk berkualiti ya!
No comments:
Post a Comment