| mengapa bahan kimia pada permainan berbahaya? |
Kali ini saya akan mengupas mengenai bahayanya bahan kimia yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu alat permainan. Seperti yang kita sedia maklum, alat alat permainan terdiri daripada pelbagai campuran bahan kimia.
Bahan kimia yang digunakan harus mengikuti piawaian yang tleah ditetapkan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak yang masih kecil mempunyai tabiat menghisap dan menggigit barang yang dipegang mereka. Masalah terjadi apabila, alat mainan yang mereka hisap itu tidak selamat dan mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan.
Bahan kimia pada alat permainan boleh menyebabkan penyakit kanser, alergik, gangguan sistem saraf dan lain-lain lagi. Bahan kimia yang bahay ini boleh meresap masuk ke dalam sistem tubuh kanak-kanak dan memudaratkan kesihatannya.
Selain itu, kita sebagai pengguna juga harus bijak memilih jenis permainan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Ibubapa harus memainkan peranan penting dalam memantau dan menentukan produk yang sesuai bagi anak-anak mereka.
Alat permainan yang kurang mutu, dan tidak mempunyai tanda MC biasanya berisiko tinggi untuk menyebabkan masalah terhadap kesihatan kanak-kanak.
| logo MC yang dimaksudkan |
Mainan seperti anak patung beruang yang berbulu juga boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik selain mempunyai bahan perwarna yang mungkin tidak mengikut standard yang telah ditetapkan.
'Ketahuilah produk yang selamat untuk keluarga anda' :)
'Ketahuilah produk yang selamat untuk keluarga anda' :)
No comments:
Post a Comment