Isu keselamatan produk di Malaysia

Sejak beberapa tahun yang lalu, isu keselamatan produk di Malaysia menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan. Malahan, pada tahun 2007, krisis keselamatan alat permainan kanak-kanak pernah terjadi di negara kita.

Mana mana produk yang terdapat di Malaysia seharusnya dikawal oleh sebuah undang-undang yang dapat menjaga tahap keselamatan sesuatu produk di Malaysia. Negara kita sewajarnya mencontohi negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan Korea. Hal ini kerana, pengguna di negara-negara yang disebutkan di atas kerap dimaklumkan tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi yang berkenaan.


tahap keselamatan produk harus sentiasa dikawal


Keselamatan sesuatu produk di Malaysia boleh dikaji dengan menghantar sampel untuk diuji tahap keselamatannya. Alatan permainan kanak- kanak misalnya tidak boleh mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi (contoh: plumbum) kerana ia akan membahayakan kesihatan. Selain itu, perkara lain yang harus diuji ialah struktur permainan tersebut, adakah ia tajam dan boleh melukakan? Adakah ia boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik?

Kajian seharusnya dilaksanakan bagi mengenalpasti bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke wad disebabkan oleh kecederaan yang berpunca daripada alat-alat permainan. Meskipun krisis keselamatan telah berlaku, namu, tiada universiti yang mengambil peluang untuk membuat kajian mengenai perkara ini.

Kita selaku pengguna seharusnya lebih prihatin dan peka dengan keadaan ini. Sebarang masalah mengenai sesuatu produk boleh diadukan kepada mana-mana agensi yang berkenaan bagi menjaga hak kita sebagai pengguna. 

No comments: