Seperti yang saya janjikan dalam entri sebelum ini iaitu Keracunan Bisphenol A di dalam botol susu saya akan berkongsi tips bagaimana memilih botol plastik yang baik dan selamat digunakan.
Pilih botol yang mempunyai polikarbonat label 7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.
Kini, botol susu bebas BPA banyak dijual di pasaran. Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan botol susu yang berkualiti dan selamat. Botol susu bebas BPA biasanya tertulis bebas PDA pada botol susu berkenaan.
| pilih produk dengan bijak |
Saya terbaca mengenai botol susu ini di artikel ini dan kongsikannya pada anda semua. Kita sebagai pengguna haruslah menyebarkan pengetahuan tentang kepenggunaan agar semua pengguna lebih peka dan berhati-hati ketika memilih produk di pasaran. Sila klik pada link di atas untuk melihat contoh gambar botol-botol susu yang disampelkan sendiri oleh penulis blog berkenaan.
Info lanjut mengenai pengharaman botol susu BPA: klik SINI
Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi info yang berguna kepada pengguna-pengguna di luar sana dalam membuat pilihan. :)
#kredit kepada penulis blog akubiomed.com
No comments:
Post a Comment