Hak mendapat keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
Apakah Yang Harus Diperhatikan Bagi Mengetahui Tentang Keselamatan Produk
Perhatikan Label : Label MS pada peralatan elektrik

1) Adakah ia mempamerkan maklumat tentang standard keselamtan. Contohnya : tanda MS pada peralatan elektrik, nombor MAL pada produk kosmestik dan perubatan, tanda-tanda keselamtan seperti mudah terbakar, mengakis dan sebagainya.
2) Adakah label itu menyatakan bagaimana produk itu harus digunakan. Contohnya : gunakan sarung tangan getah sebelum menggunakannya, cara penyediaan, gunakan di bawah penyeliaan orang dewasa dan sebagainya.
3) Adakah ia menunjukkan bagaimana sesuatu produk itu tidak harus digunakan. Contohnya : jangan didedahkan kepada api, jangan ditelan, jangan digunakan bersama peluntur dan sebagainya.
4) Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menggunakan sesuatu produk ?
5) Adakah anda mengikut arahan semasa penggunaan sesuatu produk ?

Berhati-hati Dan Bertimbang Rasa Ke Atas Orang Di Sekeliling Anda :

1) Adakah anda berjaga-jaga memastikan keselamatan orang di sekeliling anda semasa menggunakan produk yang berbahaya? Contohnya : menyembur racun serangga, menggunakan seterika dan sebagainya.

Penjagaan Produk :

1) Adakah anda menjaga produk tersebut? Contohnya : meletakkan sesuatu produk tersebut supaya bekasnya tidak rosak atau berkarat.
2) Adakah anda memeriksa keadaan produk tersebut? Contohnya : untuk kesan penghakisan, kebocoran dan sebagainya.
3) Adakah anda melakukan penyelenggaraan yang sepatutnya? Contohnya : memeriksa tarikh luput ubat-ubatan dan makanan dan memeriksa sama ada kabel peralatan eletrik terdedah.

Meninjau Masalah Tentang Produk
 :

1) Adakah anda mengambil usaha untuk mengetahui status keselamatan sesuatu produk itu di pasaran?
2) Adakah anda bertanya kepada peniaga tentang masalah keselamatan sesuatu produk?
3)Adakah anda melaporkan kepada badan-badan pengguna atau sebarang angesi berkaitan tentang sebarang kecederaan atau potensi masalah keselamatan sesuatu produk.

Beberapa Ciri Produk Di Dalam Rumah Yang Berpotensi Menyebabkan Masalah Keselamatan
Bahan Pembersih Rumah
 :

1) Pencuci lantai adalah bahan kimia yang berbahaya jika ditelan, kadang-kadang mengakis tangan dan jika dilepaskan dengan banyak ke dalam perairan seperti sungai akan menyebabkan masalah pencemaran sumber air dan bekalan air minum. Beberapa jenis pencuci lantai tidak boleh dicampur dengan peluntur berasaskan klorin. Gas klorin yang terhasil akan mengakis lapisan membran paru-paru dan menyebabkan radang tekak.
2) Pengguna perlu berhati-hati dan mendapatkan maklumat yang betul sebelum membeli dan menggunakan bahan pembersih dan menggunakan dengan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan alam sekitar.

Racun Serangga Dan Makhluk Perosak :

1) Racun makhluk perosak mengandungi bahan-bahan yang mempunyai potensi untuk membahayakan pengguna. Sisa-sisa racun juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
2) Akta Racun Makhluk Perosak telah menyenaraikan jenis-jenis bahan kimia yang tidak boleh digunakan di Malaysia.

Bateri Untuk Peralatan Elektrik Dan Telekomunikasi :

1) Bateri mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Bateri mengandungi logam berat seperti merkuri, perak dan nikel.
2) Bateri harus dilupuskan secara terkawal dan tidak boleh dibuang ke dalam aliran sampah biasa.

Peralatan Elektrik :

1) Risiko kejutan elektrik. Kabel peralatan elektrik tidak boleh terdedah dan tidak harus bersentuhan dengan benda basah.

sumber

Pengguna dan penarikan balik produk

Penarikan balik sesuatu produk dilakukan kerana produk tersebut gagal memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Di bawah adalah sedikit persoalan yang saya petik dari laman web konsumerKINI yang saya rasakan penting bagi pengguna untuk maklumat tambahan.


Apakah yang dimaksudkan dengan penarikan balik produk?

Penarikan balik produk pengguna ialah pengeluaran produk dari pengedaran, penjualan atau dari digunakan oleh pengguna kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara.

Produk tersebut juga dikenal pasti mempunyai risiko yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan pengguna yang menggunakan produk tersebut..

Penarikan balik boleh meliputi pelbagai jenis produk seperti produk pengguna seperti barangan kegunaan dan perkakasan rumah, makanan, alat permainan, kosmetik, barangan farmaseutikal ,produk terapi, peralatan kebun dan kenderaan.


Adakah terdapat undang-undang di Malaysia yang mengarahkan penarikan balik produk oleh syarikat tersebut?


Sesebuah Organisasi di Malaysia  boleh mengendalikan penarikan balik produk secara sukarela walaupun produk tersebut tidak dikawal oleh undang-undang demi menjaga nama syarikat mereka.

Sebagai contoh, apabila berlakunya penarikan balik peralatan permainan di seluruh dunia pada 2007 apabila terdapatnya kandungan plumbum pada tahap yang berbahaya, maka syarikat multinasional di Malaysia seperti “Fisher-Price” dan “Mattel” juga telah bertindak menarik balik peralatan mainan secara sukarela

Namun begitu, disebabkan oleh tidak ada undang-undang yang mengawal selia peralatan permainan di Malaysia, syarikat pengedar dan pengimport alat permainan yang lain hanya berdiam diri sahaja.

Penarikan balik produk secara sukarela oleh syarikat merupakan suatu perkara yang jarang atau kurang berlaku, terutamanya di Malaysia.


Apakah undang-undang yang tertakluk dalam penarikan balik produk yang tidak selamat di pasaran?


Akta Makanan 1983, Akta Peraturan Makanan 1985, Peraturan Elektrik 1994, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Peraturan Keselamatan Kanak-Kanak, yang bakal diwujudkan kelak.


Adakah terdapat perkembangan terbaharu dalam kawalan penarikan balik produk di Malaysia?

Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan sekretariat bagi jawatankuasa antarabangsa (ISO PC 240 Product Recall)  yang sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan standard bagi tindakan pembetulan dan penarikan balik produk.

Banyak negara terutamanya negara-negara membangun dan negara-negara  kurang maju yang tidak mempunyai dasar penarikan balik produk.  Kerjasama seperti ini dapat membantu negara-negara ini mempunyai garis panduan untuk penarikan balik produk.

Standard bagi penarikan balik produk yang diwujudkan ini akan memberi satu panduan untuk pihak pengawal selia /pelaksana menghasilkan sistem tindakan pembetulan yang berkesan.Ia juga akan membantu syarikat pembekal dan pengedar untuk mewujudkan satu dasar yang serupa di syarikat mereka.


Nasihat kepada pengguna di Malaysia.

Sebagai pengguna di Malaysia, perlindungan diri adalah cara untuk maju ke hadapan yang memerlukan pembeli sentiasa bersikap peka terhadap barangan atau perkhidmatan yang mereka gunakan. Sekiranya terdapat sebarang penarikan nalik produk di pasaran dan disiarkan di media, diharap pengguna akan berwaspada atau menguhubungi pihak pihak seperti dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Keselamatan produk

Ketahui berita berita terbaru mengenai keselamatan produk yang terdapat di pasaran di www.konsumerkini.net.my

link untuk terus pergi ke konsumerkini.net.my

Mengenai konsumerkini:



Portal berita KonsumerKINI  adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Kempen Konsumer Kebangsaan (3K). Portal ini merupakan projek bersama Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Portal ini dilancarkan di Petaling Jaya pada 05hb Januari 2010 oleh YB Datuk Seri Utama Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Portal berita ini bertujuan untuk menyalurkan pandangan-pandangan dan komen berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan semasa untuk digunakan oleh media, pihak-pihak yang berkepentingan dan juga untuk rakyat secara umum.
Portal ini juga akan menyediakan berita-berita yang terkini, tepat dan berita yang bebas dari pengaruh politik.  Laman berita ini boleh diakses dengan mudah tanpa sebarang bayaran agar semua rakyat di Malaysia boleh mengikuti tren terkini mengenai dunia kepenggunaan yang kian berubah dari semasa ke semasa kerana keadaan ekonomi dan alam sekitar yang tidak menentu.

Fokus portal media ini adalah seperti isu-isu terkini: isu umum, isu makanan, isu perumahan, pengangkutan awam, kesihatan, hak asasi manusia, polisi awam, pendidikan, alam sekitar, isu orang kurang upaya, saluran memorandum kepada kerajaan dan juga isu-isu lain yang berkaitan dengan kepenggunaan.

KonsumerKINI adalah peluang untuk pengguna di Malaysia untuk mendapatkan maklumat TERKINI yang perlu untuk menyokong usaha mereka menjalankan kehidupan sebagai pengguna berhemat iaitu prihatin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, alam sekitar dan generasi masa depan.

Tips memilih botol plastik yang selamat digunakan



Seperti yang saya janjikan dalam entri sebelum ini iaitu Keracunan Bisphenol A di dalam botol susu saya akan berkongsi tips bagaimana memilih botol plastik yang baik dan selamat digunakan.


Pilih botol yang mempunyai polikarbonat label 7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.

Kini, botol susu bebas BPA banyak dijual di pasaran. Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan botol susu yang berkualiti dan selamat. Botol susu bebas BPA biasanya tertulis bebas PDA pada botol susu berkenaan.


pilih produk dengan bijak

Saya terbaca mengenai botol susu ini di artikel ini dan kongsikannya pada anda semua. Kita sebagai pengguna haruslah menyebarkan pengetahuan tentang kepenggunaan agar semua pengguna lebih peka dan berhati-hati ketika memilih produk di pasaran. Sila klik pada link di atas untuk melihat contoh gambar botol-botol susu yang disampelkan sendiri oleh penulis blog berkenaan.

Info lanjut mengenai pengharaman botol susu BPA: klik SINI

Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi info yang berguna kepada pengguna-pengguna di luar sana dalam membuat pilihan. :)

#kredit kepada penulis blog akubiomed.com

Keracunan Bisphenol A di dalam botol susu



Kerajaan telah bertindak mengharamkan penjualan botol susu polikarbonat di pasaran Malaysia. Hal ini seharusnya dipuji kerana pihak-pihak berwajib peka dengan permasalahan yang akan timbul berpunca dari botol susu jenis ini. Pengguna harus juga mengambil berat akan pemilihan botol susu, kerana terdapat segelintir produk botol susu menggunakan Bisphenol A Apa itu Bisphenol A? Jom baca! :)


Bisphenol A(BPA) digabungkan dengan bahan kimia lain dan digunakan di dalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk.

Polycarbonate juga digunakan di dalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini. Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:



  • Merosakkan fungsi imunisasi
  • Akhil baligh sebelum masanya
  • Obesiti
  • Hiperaktif
  • Kanser


Saya akan kupas mengenai tips bagaimana memilih botol susu yang baik di entri akan datang, tunggu!



Sumber


Langgar peraturan logo MC?

Saya telah mendapat sedikit maklumat mengenai jenis hukuman yang akan dikenakan kepada pengilang yang gagal mematuhi peraturan penggunaan logo MC. Kita sebagai pengguna harus mengambil tahu soal ini, kerana kita boleh membuat aduan kepada pihak berwajib jika menemui produk mainan yang tidak mempunyai logo MC agar tindakan susulan dapat diambil dengan segera.


Permainan kanak-kanak harus mempunyai logo MC




1. Jenis hukuman bagi individu jika disabit kesalahan:
Kesalahan kali Pertama: Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjaran tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan kali Kedua atau berikutnya: Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.
2. Jenis hukuman bagi pertubuhan jika disabit kesalahan:
Kesalahan kali Pertama: Denda tidak melebihi RM250,000.
Kesalahan kali Kedua atau berikutnya: Denda tidak melebihi RM500,000.

sumber: Mstar

Tahukah anda apa itu logo MC?



Dalam entri yang sebelumnya iaitu entri 'Mengapa bahan kimia pada alat permainan memudaratkan' yang saya tulis sebelum ini. Saya ada menyentuh sedikit mengenai logo MC (Malaysian Comformity) seperti tertera di atas. Logo MC ini merupakan logo yang membuktikan bahawa alat permainan yang berada di pasaran selamat dan telah mengikut standard penghasilan yang telah ditetapkan.

Tapi tahukah anda? Oleh kerana Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak dilaksanakan pada 1 Ogos 2010, masih ramai penggiat industri alat permainan tidak tahu mengenai kepentingan logo MC ini. 

Tetapi, kita sebagai pengguna tidak perlu bimbang, kerana pihak KPDNKK sering melakukan pemeriksaan terhadap premis-premis di seluruh negara dan memberi tempoh masa peralihan secara berfasa. Selepas ini, alat permainan yang tidak mempunyai logo MC akan akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perlindungan Pengguna.

Sangat mudah untuk mengenal pasti samada logo MC yang tertera pada produk adalah tulen atau palsu

  • Pastikan logo MC berwarna hitam ataupun berwarna putih seperti logo yang saya sertakan di atas.
  • pastikan terdapat nombor pendaftaran di bawah logo MC, alamat pengilang, pengimport atau pembungkus semula ada pada bungkusan.

Ibubapa harus memainkan peranan bagi memastikan masalah yang tidak dijangka dapat dielakkan. Pastikan alat permainan anak-anak anda adalah produk berkualiti ya!